Sunday, July 4, 2010

Bulan 6 telah berlalu

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah s.w.t. Kerana bulan paling sibuk dalam hidup saya telah berakhir dengan jaya. Bulan yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, pengajaran dan keletihan sebenarnya.(hehe)

Syukur kerana Allah s.w.t telah memberikan diri ini kesibukan yang penuh bermakna di mana sy terlupa sebentar tentang kisah sedih kehidupan saya. Terima kasih Ya Allah. Perjalanan hidup diteruskan. Permulaan bulan dengan kepayahan membuat kontrak disambung dengan pertandingan laman web. Tidak terhenti di situ, ditambah dengan pengalaman pertama mengajar OpenOffice di peringkat negeri. Everything come in one; in a month of June. (hehe). Saya gagahkan diri.

Saya percaya ini semua adalah anugerah dari Allah s.w.t yang Maha mengetahui serba serbi tentang hambaNya yang lemah ini. Diberi pertolongan yang hebat untuk diri saya. Teringat kembali, menyusuri hari-hari di bulan Jun, diri ini tidak betah untuk melakukan semua kerja dengan dengan baik.

Namun, kerana kasih dan sayang Allah kepada saya. Alhamdulillah segala berjalan lancar. Kontrak perjanjian dapat disiapkan pada masanya. Laman web, saya dianugerahkan Yang Esa team member yang sangat bersemangat tinggi dan rajin. Manakala, kelas saya alhamdulillah dapat respon yang baik dari para pelajar =) ( based on evaluation form) bukan perasan sendrik ek...=p

Esok.. lg 15 minit, makmal komputer akan dipasang segala peralatannya. 15 buah PC, 2 printer, 1 projektor dan 1 notebook berjaya diluluskan bagi tujuan kegunaan seluruh warga kerja. Walaupun x banyak mana PC yang dapat disumbangkan. Namun, saya bersyukur. Ini adalah satu permulaan yang subur.

Aminn... Thank you Allah