Tuesday, June 18, 2013

Rindu abah dan mama

Dah setahun lebih abah pegi.. ya Allah aku rindu abah..

16HB JUN Hari Abah.. maaf abah tak dapat nak ucapkan.. abah dah pergi buat selama-lamanya..

Siapa abah?
Abah adalah org yg paling rapat denganku setelah pemergian arwah mama 15 tahun yang lalu. Jadi abahlah tempat untuk bergantung kasih ayah dan juga ibu.

Abah,
Teringat masa kecik-kecik dulu. Abah lah yang banyak berkorban untuk kami semua. Biar dia susah tak apa. Biar tidak bertukar baju asal anak-anak dapat makab cukup pakai dan buku.

Walaupun masa kecik dulu hidup mewah seperti yang lain. Tapi kasih sayang abah dan mama sudah cukup utk aku merasa bahagia. Syukurlah pada Yang Esa kerana dapat rasa nikmat kasih sayang dari abah dan mama.

Semoga mama dan abah damai di sana.. al-fatihah utk kalian..