Tuesday, May 26, 2009

Rindu Suara Itu....

Hari ini awal lak aku ke tempat keje.. Hurm may be sebab pkir byk keje kena setlekan kot. Ntah lah... Mcm biasa lepas jer parking moto kat tepi bangunan lab tu. Aku jalan perlahan2 menuju ke pintu.. Nak buka magga la...  Dari jauh (dalam 200 meter jer) pelajar2 tahun 2 akan menjerit terlompat2 panggil nama aku.. Cikgu Sikin, Teacher2...!! Haiyaa.... (Ada ker patut dia panggil aku Sikin.) Tp memandangkan mereka ni darjah 2 ,  takpe lah...


Hari ni senyap pulak, mungkin sebab meraka ada ujian pertengahan tahun kot.. sebab tu senyap sunyi jer... Alahai I'm started to miz to hear cute voice from them... Ku renung bilik darjah dua (yang sememangnya terus boleh nampak dari pintu makmal).. Hurm.. patut la diam... Mereka pegi PJ dekat padang belakang sekolah....

Hehe.... nukilan di pagi hari seorang IT faci a.k.a Cikgu Computer

Monday, May 25, 2009

Serawa Labu


Dsc05212


Bahan-bahan ( untuk 4-5 orang makan )

  • sebelah buah labu kuning dipotong dadu besar
  • gula merah + gula putih (secukupnya ikut citarasa manis anda)
  • secubit garam
  • 2 mangkuk santan (kalau nak kuah lebih, tambahkan lagi)
  • secawan air
  • daun pandan
  • 1/4 cawan sagu

Cara-cara

  1. Masukkan labu dan air kedalam periuk dan masak sehingga labu hampir masak.
  2. Toskan air dari labu yang separuh masak tadi. Masukkan santan,gula,garam, dan daun pandan. Kacau sentiasa hingga mendidih dan labu masak.
  3. Masukkan sagu dan kacau lagi hingga sagu jernih. Serawa labu siap untuk di hidang. Sesuai dihidang panas dan jugak sejuk. Enjoy....
  4. *NOTA: Boleh juga direbus labu terus dengan santan, tetapi kena la kacau selalu supaya tidak pecah minyak.

Marble marshmallow


Dsc00092


Bahan-bahan ( 8x8' tray )

  • 2 cawan gula
  • 1 sudu besar liquid glucose
  • 30 gm serbuk gelatin
  • 3/4 sudu teh esen vanilla
  • 2 biji putih telur
  • pewarna (saya guna pink)
  • minyak masak (untuk gris loyang)
  • *3/4 cawan air - utk buat gelatin
  • *3/4 cawan air - utk buat liquid glucose

Cara-cara

  1. griskan loyang dengan sedikit minyak masak, ketepikan.
  2. utk adunan glucose, masukkan gula, liquid glucose dan 3/4 cawan air ke dalam periuk kecil. Masak dgn api sederhana sehingga gula larut dan mendidih. Tutup api.
  3. Utk adunan gelatin pula, sediakan 3/4 cawan air di dalam bekas tahan panas. Taburkan gelatin dan biarkan melarut selama 5 minit. Lepas tu, ambil bekas dan letak dalam double boiler. Kacau kejap jer utk pastikan gelatin benar2 larut. Masukkan esen vanilla. Tutup api dan satukan dgn adunan glucose tadi. Ketepikan.
  4. Dgn menggunakan mixer, pukul putih telur sampai kembang dan muncul soft peak. Kemudian, masukkan adunan gelatin+glucose tadi dan pukul dengan kelajuan paling tinggi selama 12-15 minit (sampai adunan menjadi tebal dan gebu).
  5. Masuk adunan ke dalam loyang. Letak 3-4 titik pewarna dan buat corak marble di atas nya dgn lidi. Biar adunan mengeras semalaman (jgn ditutup).
  6. Dsc00118
     Potong ikut shape segiempat tepat setebal 2 inci dgn pisau basah. Basahkan tangan sewaktu memotong sbb marshmellow mmg melekit. *Tips: Salut dgn sedikit tepung jagung (yg dah diayak) dan biarkan kering sblm letak dalam bekas kedap udara.

Pisang sira


Image_18

Bahan-bahan ( bergantung kepada berapa biji pisang digunakan )

  • 1 sisir pisang Raja, tapi boleh pilih pisang lain2 pun
  • Gula pasir
  • Minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  1. Panaskan minyak ,bila dah panas goreng pisang hingga kekuningan dah angkat
  2. dlm bekas taburkan gula pasir sedikit hingga permukaan bekas tertutup n letakan pisang yang sudah digoreng tadi kemudian ditaburkan gula pasir lagi diatas pisang dan tutup cepat2 supaya gula menjadi sira.
  3. biarkan hingga gula menjadi sira baru lee boleh dihidangkan.
Yes dah jumpa resipi yang dicari2... ten q2

Udang masak tempoyak


23


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili padi
  • 3-5 sudu tempoyak - ikut kepekatan yg dikehendaki
  • air-Ikut kepekatan yg dikehendaki
  • 1-2 helai daun kunyit
  • garam
  • sedikit kunyit hidup

Cara-cara

  1. Bawang merah, putih, kunyit dan cili padi ditumbuk
  2. masukkan bahan yg ditumbuk bersama air kedalam periuk. Masukkan tempoyak
  3. Apabila mendidih masukkan udang , garam dan daun kunyit
  4. ***Udang jangan masak lama sgt nanti hilang rasa manis.

Sambal Tauhu


Tauhu_sambal


Bahan-bahan ( 4org )

  • 4keping tauhu
  • 1sb udang kering
  • 3sb cili boh
  • 1sk air asam jawa
  • 1/2labu bawang besar
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Potong tauhu ikut citarasa (belah 4 pun boleh). Goreng seketika supaya kulit tauhu keras sikit. Hati-hati ketika terbalikkan supaya tauhu tak hancur.
  2. Kisar bawang dan cili kering. Tumis hingga naik bau. Masukkan udang kering, air asam jawa,gula dan garam secukup rasa.
  3. Tuang sambal ke atas tauhu. Sedia untuk dihidang.

Sayur Lodeh - Kuah Lontong


Sayur_lodeh








Bahan-bahan ( 10 orang )

  • Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Lontong_batang
     Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.


Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 450g tepung gandum
  • 1 camt garam
  • 1/2 camt serbuk kunyit
  • 450 ml susu segar
  • 3 biji telur (di pukul sedikit )
  • 450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
  • 2 camb mentega cair
  • minyak untuk melenser
  • acuan roti jala

Cara-cara

  1. Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
  2. Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
  3. Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
  4. Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
  5. Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
  6. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
  7. Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.

Kari Daging


Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )

  • 1 ½ kg daging
  • 125 ml minyak
  • 5 labu bawang – di cincang halus
  • 12 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2.5 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga ( ambil bijinya )
  • 4 tangkai daun kari
  • 70 g rempah kari daging – di campur dgn 125 ml air – jadikan pes
  • 1liter santan cair
  • 500 ml santan pekat
  • 3 biji ubi kentang besar ( di kupas dan di hiris kasar )
  • garam secukupnya

Cara-cara

  1. Potong daging setebal 1 cm dan selebar 5 cm.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk.
  3. Tumis bawang, bawang putih dan rempah yang lain hingga keperangan.
  4. Bubuh daun kari dan pes kari. Masak atas api perlahan sehingga wangi.
  5. Tuangkan sedikit santan cair ke dalamnya jika rempah melekat pada periuk.
  6. Campurkan daging dan kacau sampai airnya agak kering.
  7. Masukkan pula santan cair dan biar menggelegak. Kemudian tutup periuk dan renehkan selama ½ jam atau hingga daging empuk.
  8. Bubuh pula kentang dan masak sampai empuk.
  9. Akhir sekali masukkan garam dan santan pekat , gaul sehingga sebati. Apabila kari menggelegak semula angkat dari api.

Hargailah Mata - Tips Penjagaan




MATA banyak mempengaruhi kita. Ada yang dikurniakan mata bundar dan ada yang sepet. Ada juga yang memiliki sepasang mata bersinar dan tidak kurang memiliki mata yang tidak bermaya.

Apabila usia meningkat, mata – organ penting dalam kehidupan juga akan mula kabur. Bagi kebanyakan kita, apabila usia mencecah angka 50, ramai yang sudah berkaca mata kerana rabun jauh atau dekat atau kedua-duanya sekali. Ada juga yang sudah memakai cermin mata sejak muda. 

Mata yang banyak terdedah kepada komputer biasanya lebih cepat rabun. Justeru, dalam sibuk menyiapkan kerja, beri juga tumpuan pada mata. Beri mata peluang untuk rehat dan jangan lakukan perkara yang boleh mempercepatkan penglihatan berkurangan.

Jika anda tidak pernah mengambil berat mengenai penjagaan mata, mengapa tidak mulai hari ini anda lakukan beberapa langkah untuk merehatkan mata. 

Mulakan dengan memandang ke atas untuk beberapa saat sebelum menjauhkan penglihatan daripada komputer anda. Berikan sedikit ruang untuk mata berehat. Anda juga boleh berdiri dan melakukan sedikit gerakan ringkas sebelum menarik nafas panjang. 

Penggunaan lampu juga penting jika anda kerap membaca. Biasanya lampu untuk membaca tiga kali lebih terang daripada lampu di ruang tamu. Jangan membaca di tempat gelap. Duduk dengan tegak dan pastikan monitor komputer anda pada paras mata yang sesuai, bukan mendongak atau menunduk. 

Bagus jika dapat menjarakkan pandangan daripada komputer 14 atau 16 inci. Jika menonton televisyen, pastikan anda duduk tegak dan pastikan jarak anda anda tujuh kali jauh dari televisyen. Jika menulis, pegang pen satu inci dari hujung jari jadi anda tidak perlu terlalu membongkok untuk melihat tulisan sendiri. 

Pemakanan juga penting untuk mendapatkan mata yang sihat. Makanan tambahan dengan anti oksida dan botani memang popular sebagai sumber khasiat untuk mendapatkan mata yang sihat. Sesuatu yang menarik, pilihan warna pakaian juga sebenarnya mempengaruhi kesihatan mata. Warna hitam-kelabu dan hijau-kelabu misalnya memberi spektrum warna yang penuh tanpa herotan. Warna biru tidak sesuai untuk cahaya yang berserakan. Warna merah jambu dan kuning memberi lebih cahaya pada mata pada hari terang. Mereka yang berhadapan dengan katarak sepatutnya memilih warna dalam kelompok keperangan.

Kebanyakan kaca mata hitam yang ada di pasaran hari ini dihasilkan dengan perlindungan daripada sinaran UV termasuk ulta violet (UVA) dan visible spectrum (UVB). Sebelum membeli, pastikan anda tahu apakah jenis kaca mata itu. 

Ada kaca mata yang masih kelihatan terang dalam terik matahari atau suram alam memiliki impak kelabu sepanjang masa disebabkan sinar UV dari lampu dalam rumah atau bangunan.

Untuk mereka yang bekerja menghadap komputer atau yang memandu pada malam hari, pemilihan kaca mata anti-imbasan akan lebih membantu.

Sebenarnya, tidaklah terlalu sukar untuk mengekal kesihatan mata dan penglihatan. Asalkan anda tahu apa yang terbaik dan lakukan yang terbaik, penglihatan tidak akan kabur dengan cepat. 

Selalu ambil masa beberapa saat untuk merehatkan mata daripada menghadap komputer. Selalunya apabila tertekan, seseorang itu akan menahan nafas dan menyekat oksigen untuk sampai ke otak dan mata. Menarik nafas juga memberi rehat kepada badan dan mengurangkan tekanan.


Okay... Baguss!!

Tekanan!!! How to manage it??


BOLEH dikatakan hampir setiap hari kita dibelenggu tekanan, sama ada disebabkan kerja, kewangan, masalah keluarga, kesesakan lalu lintas, berselisih faham dengan orang tersayang mahupun kerenah anak-anak. 


Sebenarnya, setiap makhluk di dunia memerlukan tekanan. Ia membantu meningkatkan daya saing untuk terus hidup. Namun, tekanan berpanjangan tidak lagi membuatkan kita kuat, sebaliknya boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Secara semula jadi, badan ber tindak balas apabila menerima tekanan. Kelenjar pituitari yang terletak di bawah otak akan bertindak balas terhadap tekanan diterima dengan merembeskan hormon adrenocorticotropic (ACTH) yang memberikan isyarat kepada kelenjar lain untuk merembeskan hormon.

Rembesan ACTH yang bany ak akan mencetuskan amaran dalam otak, yang akan memberitahu kelenjar adrenal (di buah pinggang) untuk merembeskan hormon tekanan ke da lam sistem darah.

Hormon tekanan ini, termasuk kortisol dan adrenalin, akan membantu daya tumpuan, m empercepatkan tindakan dan meningkatkan kekuatan serta pergerakan.

Selepas anda dapat menangani tekanan, paras hormon kortisol dan adrenalin akan menurun. Pada masa sama, tekanan darah, kadar degupan jantung dan ######bolisme serta sistem penghadaman kembali normal.

Namun jika tekanan berterusan, badan tidak berpeluang untuk pulih kepada keadaan normal.

Pengaktifan badan yang berpanjangan akibat gerak balas terhadap tekanan ini akhirnya mengganggu hampir semua sistem badan.

Ini termasuk meningkatkan risiko anda terhadap masalah obesiti, insomnia, kesukaran penghadaman, penyakit jantung dan kemurungan.

Sistem penghadaman juga terganggu. Orang yang mengalami tekanan juga biasanya berdepan masalah sakit perut dan cirit birit.

Hormon tekanan akan memperlahankan penghasilan asid dan merangsang usus yang akan mempercepatkan proses perkumuhan.

Tekanan yang berpanjangan juga meningkatkan paras hormon kortisol. Ini lebih bahaya kerana ia akan merangsang selera makan dan boleh menyebabkan masalah pertambahan berat badan!

Tekanan juga akan melemahkan sistem imun, anda lebih mudah mendapat selesema dan jangkitan lain. Hormon kortisol juga akan bertindak menghalang sistem imun badan.

Dalam sesetengah kes, tekanan akan menyebabkan sistem imun sangat aktif. Akibatnya, individu itu mendapat penyakit autoimun. Sistem imun akan menyerang sel badan sihat.

Malah, hormon kortisol juga mempengaruhi sistem kardiovaskular kerana ia meningkatkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan paras lipid (kolesterol dan trigliserid) dalam darah yang secara tidak langsung mendedahkan anda kepada risiko serangan jantung dan strok.

Hormon tekanan juga menyebabkan anda berasa cemas, tidak berguna, sensitif, murung, sukar tidur, hilang nafsu seks dan selera makan, selain mempengaruhi masalah kulit seperti psoriasis, eczema dan jerawat.

Reaksi setiap individu terhadap tekanan adalah berbeza. Ada orang boleh menerima tekanan dengan hati tenang, tetapi tidak kurang juga yang mudah berasa tertekan sehingga memudaratkan diri.


Pengalaman juga banyak membantu seseorang menangani tekanan. Belajarlah cara mengawal tekanan supaya anda boleh terus hidup sihat. Antara kaedah yang boleh meredakan tekanan termasuk:

1) Hindari persekitaran yang memberikan tekanan kepada anda.

2) Jaga badan dengan mengambil makanan seimbang dan rehat secukupnya.

3) Bersenam. Senaman boleh ‘melarikan’ fikiran anda daripada memikirkan perkara yang membebankan, di samping mengeluarkan tenaga.

4) Belajar bertenang. Tarik nafas panjang-panjang, kira sampai 10 dan hembus pe . Teknik ini boleh diamalkan, walaupun anda tidak berasa tertekan. Ia memberi banyak bekalan oksigen kepada badan.

5) Belajar kaedah bersenam yang menenangkan seperti yoga dan tai chi. Senaman ini memerlukan penumpuan fikiran yang secara tidak langsung meredak an ketegangan fizikal.

6) Urut juga dikenal pasti boleh merehatkan badan dan fikiran, selain melancarkan aliran darah.

7) Pertimbangkan tekanan dari sudut positif. Anda mungkin na mpak faedah yang bakal diperolehi daripada tekanan berkenaan.

dirol.gif Bincangkan masalah anda dengan rakan dipercayai atau dapatkan bantuan pakar psikiatri. Meluahkan masalah juga antara cara yang dapat meringankan tekanan.

9) Anggap tekanan sebagai cab aran yang boleh meningkatkan prestasi kerja dan kerjaya anda.

Yesza!!

Tips Agar Selalu Nampak Awet Muda...




Source: MESRA.NET

Banyak cara yang dapat membuat kulit anda tampak lebih muda. Faktor genetik tentu sahaja sangat berpengaruh. Namun sebenarnya ada sejumlah faktor yang biasa membantu orang menjadi awet muda.

1) Jauhkan Kebiasaan Buruk Anda

- Jangan merokok atau berhentilah merokok kerana merokok hanya membuat kulit anda menjadi tidak segar selain memancing sakit jantung dan paru-paru.

- Hindari alkohol kerana jumlah yang berlebihan akan merosakkan sel-sel, gen dan mendorong terjadinnya radang hati serta mencepatkan kerapuhan tulang.

- Pastikan juga anda mendapat tidur yang cukup sebab pada ketika tidur itulah tubuh akan berkerja memperbaiki sel-sel selain merehatkan jantung. Dengan tidur yang cukup, anda akan dapat hidup lebih cergas sepanjang hari. Jika anda mengalami kesulitan tidur malam, apakata cuba minum segelas susu terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

- Hindarkan makan terlalu banyak sebelum tidur jika anda ingin mudah terlelap hingga pagi hari.

- Hindari minuman ringan secara berlebihan

- Banyakkan minum air putih minimum 8 gelas sehari

- Bersenam. Jika terlalu sibuk memadailah dengan melakukan senaman jalan kaki setengah jam sebelum mandi setiap pagi

2) Jangan Lupa Perawatan Luar

- Jangan lupa gunakan sun block setiap hari. Tunggu setengah jam sebelum keluar untuk sun block menyerap kedalam kulit. Sinar matahari paling kuat menyenagt pada pukul 1 tengahari

- Melakukan olahraga secara teratur boleh mengawal kadar garam dalam makanan kita, tidak dilupakan ramuan jamu tertentu yg diyakini dapat menjadikan seseorang selalu nampak muda dan segar.

3) Amalkan Pengambilan Makanan Yang Mempunyai Magnesium

Pengambilan ikan secara teratur diyakini dapat menurunkan tekanan darah dan akan menjadikan jantung lebih stabil. Zat magnesium mudah didapati dalam ikan tuna, madu, kacang-kacangngan, bujian-bijian, sayur-sayuran hijau, serta ikan pada umumnya.

Selain itu, anda disarankan untuk minum anggur merah atau jus anggur secara teratur untuk membantu menurunkan kadar kolesterol tubuh. Banyakkan makanan yang mengandungi vitamin C, E dan D.

Ambillah bawang putih, biji-bijian serta berbagai jenis makanan yang berasal dari laut, ternyata kaya dengan selenium. Selenium merupakan salah satu faktor yang dapat menurunkan kemungkinan kita diserang penyakit jantung, disamping penyakit lainnya.

Okay..

7 GOLONGAN MANUSIA YANG DINAUNGI ALLAH




Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"ada tujuh golongan manusia yang akan di beri naungan oleh Allah pada hari kiamat:

Pertama: Imam (pemimpin) yang adil.

Kedua: Pemuda yang tetap istiqamah beribadat kepada Allah.

Ketiga: Seorang lelaki yang berzikir (mengingati Allah) pada waktu sunyi lalu mengalirkan air mata.

Keempat: Seorang lelaki yang hatinya tergantung didalam masjid.

Kelima: Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, bersama dan berpisah pun kerana Allah.

Keenam: Seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita ternama dan rupawan, supaya bersenang- lenang dengannya lalu lelaki tersebut berkata "Aku takut kepada Allah.

Ketujuh: Seorang lelaki yang bersedekah dengan cara tersembunyi hinggakan tidak diketahui oleh tangan kirinya apa yang telah dibuat tangan kanannya."

Mungkin dia golongan ke-lima.. Mungkin... Ya Allah...

Solehahkah ku?




Bagaimanakah cara mendapatkan pasangan yang baik?.

Bagi mendapat pasangan yang baik kita perlu menjadi orang yang baik terlebih dahulu. Orang yang baik mendapat pasangan yang baik. InsyaAllah apabila kita ingin mendapatkan isteri yang solehah, kita perlu mendidik diri kita terlebih dahulu supaya menjadi orang soleh.

Oleh sebab itu kuncinya adalah bukan kita yang mengejar calon pasangan kita. Perbaik kualiti diri dan ALLAH bakal mengurniakan jodoh yang baik untuk kita.

Kita dianjurkan bagi memilih dan mencari jodoh, tetapi hakikatnya jodoh itu sudah ditentukan oleh ALLAH.


Cara Mendapatkan Pasangan yang Baik.

1- Kuatkan niat bagi beribadah.

2- Jangan terlalu menilai pandangan secara lahir dan dan perkuatkanlah pandangan zahir.

3- Meningkatkan kemampuan kita dengan berilmu dan berketerampilan.

4- Carilah di antara orang-orang yang soleh dan di tempat-tempat terpuji.



ALLAH menjelaskan lagi di dalam Al-Quran surah an- Nur ayat 3 yang bermaksud,

"Lelaki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau pun perempuan yang musyrik dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina dan musyrik dan demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang mukmin".

Huhu.. selepas habis membaca entri kali ini, aku sedar aku blm cukup solehah utknya...

LELAKI YANG HEBAT

Dipetik dari email lagi.. Utk renungan bersama..

Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini.


Adakah saya mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.