Thursday, June 17, 2010

Anugerah Pekerja Cemerlang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan sy peluang untuk menghirup udara segar di bumiNya. Syukur juga dapat sy peluang utk muhasabah diri ini setelah sekian lama hanyut dan lalai kepada Nya. Syukur juga kerana masih memberi nikmat kecerdasan minda yang baik utk saya berfikir tentang zat2 Allah yang melimpah ruah di muka bumi ini. Alhamdulillah

Hari ni, di tempat kerja Upacara tahunan berlangsung. Bagi setiap pekerja hari ini adalah hari-hari yang ditunggu2 oleh mereka. Juga saya. Sempat juga saya mengucapkan tahniah kepada 2 org penerima Anugerah tersebut. Pertama, Kak Zura ( Pembantu Tadbir) dan Abg Ijat (Pembantu Am Pejabat).=) Terima kasih kepada mereka kerana telah banyak membantu saya di HSR. Abg Ijat, yang selalu tlg sy hantar surat, photostat, binding paper saya. Kak zura pula, yang selalu memastikan bilik pejabat saya sentiasa bersih dan tanpa habuk.

Baiklah, teringin juga saya untuk menerima anugerah ini, fitrah manusia yang sering mahu dihargai apabila melakukan kerja. Hurm, pada saya bukanlah penghargaan yang saya dampakan, tapi cuma sedikit hadiah untuk diri sendiri yang telah bekerja keras demi pencapaian cemerlang. =)

Syukur, hampir 9 bulan sy tlh berkhidmat di HSR. Tak sangka dari tarikh mula daftar ke HSR kini telah banyak saya belajar di sana. Syukur banyak rakan2 yg membantu, bos yang byk memberi kebebasan kepada saya untuk mempelajari selok belok ICT hospital. Nanti saya akan ceritakan pengalaman2 menarik saya di HSR. (Sebab skrg ni, saya perlu siapkan nota OpenOffice untuk student2 saya pada minggu hadapan)

Jumpa lagi.
Salam ~

No comments:

Post a Comment