Friday, September 3, 2010

ramadhan ya ramadhan

tup2... is juz 5 days to go to syawal... so fast without my realization, its jus gone.. im as myself kept on wasting my ramadhan prayers... looks so down with the gloomy faces that i had. i hate this feeling anyway..

back to ramadhan the month to purify myself... huhu.. its juz 5 days to find the true love... i have to enhance my self my soul since it had been left behind for long time...yaa.. long timmme....... i love my time at matric centre, during dat time everthing was so smooth and good.
n i know the reason y??

y?? bcoz my days were full of activities that could sustained my soul. alhamdulillah. but, time pas by, it has been 6 years agoo!!!

Friday, August 6, 2010

Maksiat itu melamahkan Hatiku

Dipetik dari emailku..untuk renungan buat diri ini yang selalu lalai.. astagfirullah



MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.

Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.



Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”



Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata,



“Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”



Lagi kesan-kesan buruk dari perbuatan maksiat adalah seperti berikut:

Rezeki tidak lancar
Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.”

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.

Keterasingan antara Allah
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”

Keterasingan antara manusia
Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.

Allah akan menyulitkan urusannya
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.

Kegelapan dalam hati
Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

Maksiat melemahkan kekuatan hati
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.

Malas mengerjakan ibadat
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.

Terbiasa berbuat dosa
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.



Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.



Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



Tuesday, July 27, 2010

Kisah wanita dan terung

Di Damsyiq (Dimascus) terdapat sebuah masjid besar yang diberi nama Masjid at-Taubah. Ia merupakan sebuah masjid yang diberkati, indah dan mendamaikan. Di atas tapak masjid itu asalnya sebuah gedung tempat berlaku segala macam maksiat. Pada kurun ke 7 Hijriah, seorang raja yang memerintah ketika itu membeli gedung tersebut, meruntuhkan dan membina di atas tapaknya sebuah masjid.
Lebih kurang 70 tahun lalu, di masjid itu terdapat seorang syaikh atau mahaguru yang alim mendidik umat Islam di kampong itu. Namanya Syaikh Saleem as-Suyuti. Dia sangat dihurmati oleh penduduk setempat. Mereka menjadikannya tempat rujukan dalam semua urusan sama ada urusan dunia atau akhirat.

Di masjid itu juga terdapat seorang murid yang sangat miskin tetapi terkenal dengan kemuliaan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Dia tinggal di sebuah bilik yang terdapat di dalam masjid.

Suatu ketika, dia diserang kelaparan yang tidak mampu ditahan kerana sudah dua hari tidak menjamah makanan dan tidak ada wang langsung untuk membeli makanan. Masuk hari ke tiga, dia rasa seolah-olah dia akan mati kebuluran. Lalu dia berfikir apa yang patut dilakukan.

Pada pendapatnya, keadaannya telah sampai ke tahap darurat yang mengharuskannya makan bangkai atau mencuri sekadar yang diperlukan. Maka dia memilih untuk mencuri.

Masjid itu terletak di sebuah kampong di mana kedudukan rumahnya rapat-rapat dan bumbungnya bersambung antara satu sama lain. Seseorang boleh berjalan meniti dari bumbung ke bumbung bermula dari awal kampong hingga ke hujungnya.

Si miskin tadi memanjat bumbung masjid dan meniti bumbung-bumbung rumah untuk mencari makanan. Apabila dia terpandang wanita di dalam rumah, dia akan segera menjaga mata dan menjauhkan diri dari rumah itu. Akhirnya dia ternampak sebuah rumah yang kosong dan terhidu bau makanan yang menyelerakan. Perasaan lapar yang menguasai dirinya menjadikan bau makanan itu bagaikan magnet yang menarik-nariknya dengan kuat agar mengambilnya. Lalu dia melompat dari bumbung memasuki rumah tersebut. Dia terus ke dapur dan membuka periuk. Didapati di dalam periuk itu beberapa biji terung yang telah dimasak, lalu dia mengambil sebiji. Kerana kelaparan yang teramat sangat, dia tidak menghiraukan kepanasan terung yang baru dimasak, lantas terus menggigitnya. Ketika hampir-hampir menelan terung itu tiba-tiba akalnya yang dipenuhi ilmu agama yang dituntutnya selama ini di masjid menyergahnya!

Hatinya berbisik: Aku berlindung dengan Allah! Aku seorang penuntut yang tinggal di dalam masjid, kemudian aku menceroboh masuk ke dalam rumah orang dan mencuri makanan yang ada di dalamnya?

Dia rasa terlalu besar dosa yang telah dilakukan. Dia amat menyesal dan beristighfar. Terung yang telah digigit itu dikembalikan di tempatnya. Dia segera keluar dari rumah itu dan terus kembali ke masjid. Ketika itu Syaikh sedang mengajar, lalu dia duduk di dalam halaqah bersama murid-murid lain. Namun kelaparan yang mencengkam dirinya menjadikan dia tidak dapat memberi tumpuan pada pengajaran Syaikh dan tidak faham apa yang didengarnya.

Setelah sesi pengajian tamat, semua murid-murid beredar dari halaqah. Tiba-tiba muncul seorang wanita dalam keadaan berselubung menutup seluruh tubuh seperti kelaziman wanita-wanita di kampong itu. Wanita itu berkata sesuatu kepada Syaikh, tetapi murid itu tidak mendengar apa yang dikatakannya.

Syaikh memandang sekeliling. Dia tidak Nampak ada orang lain di dalam masjid selain murid yang miskin itu.

Syaikh memamnggilnya dan bertanya, adakah kamu telah berkahwin? Dia menjawab, tidak!

Syaikh bertanya, adakah kamu ingin berkahwin? Dia diam.

Syaikh bertanya sekali lagi, adakah kamu ingin berkahwin?

Dia menjawab dengan jujur bahawa dia tidak mempunyai wang untuk membeli sesuap makanan untuk dirinya, maka untuk apa dia hendak berkahwin?

Syaikh berkata kepadanya bahawa wanita ini kematian suami. Dia orang asing di sini. Dia juga telah tidak ada sesiapa lagi di dunia ini kecuali seorang bapa saudara yang telah tua dan miskin yang tinggal bersama dengannya. Syaikh menunjukkan ke arah seorang lelaki tua yang duduk di sebuah sudut halaqah. Syaikh berkata lagi bahawa wanita ini telah mewarisi rumah dan harta peninggalan suaminya. Dia mahu berkahwin mengikut sunnah Allah dan Rasul supaya dia tidak bersendiriann kerana dibimbangi akan menjadi tumpuan orang-orang jahat serta pergaulan yang haram. Jadi, adakah kamu mahu menikahinya?

Murid itu terus menjawab, ya!

Syaikh berpaling ke arah wanita itu dan bertanya, mahukah kamu menerimanya?

Wanita itu menjawab, ya!

Maka Syaikh memanggil bapa saudaranya dan dua orang saksi. Syaikh menikahkan mereka berdua dan membayar maskahwin bagi pihak muridnya.

Setelah selesai aqad, Syaikh berkata kepada muridnya, pimpinlah tangannya. Wanita itu memegang tangan suaminya dan membawanya pulang ke rumah. Setelah memasuki rumah, dia membuka kelubung yang menutupi mukanya, barulah murid itu dapat melihat wajah isterinya yang muda dan jelita. Dia juga amat terkejut kerana rumah itu adalah rumah yang dia masuki sebentar tadi dan telah mencuri makanan daripada dapurnya.

Isteri bertanya kepada suaminya, adakah kamu telah makan?

Dia menjawab, ya!

Dia membuka periuk dan melihat terung yang telah digigit. Dia berkata dengan hairan, siapa yang masuk ke dalam rumah dan menggigit terung?

Murid itupun menangis sambil menceritakan apa yang telah berlaku.

Isterinya berkata, inilah hasil amanah. Kamu menjauhkan diri dari terung yang haram, maka Allah berikan kamu rumah serta tuannya sekali dengan halal.

Diceritakan oleh Syaikh Ali at-Tantawi di dalam Muzakkiratnya dan dia berkata bahawa kisah ini benar-benar berlaku dan beliau kenal semua individu yang terlibat di dalam kisah tersebut.

Sunday, July 4, 2010

Bulan 6 telah berlalu

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah s.w.t. Kerana bulan paling sibuk dalam hidup saya telah berakhir dengan jaya. Bulan yang dipenuhi dengan pelbagai cabaran, pengajaran dan keletihan sebenarnya.(hehe)

Syukur kerana Allah s.w.t telah memberikan diri ini kesibukan yang penuh bermakna di mana sy terlupa sebentar tentang kisah sedih kehidupan saya. Terima kasih Ya Allah. Perjalanan hidup diteruskan. Permulaan bulan dengan kepayahan membuat kontrak disambung dengan pertandingan laman web. Tidak terhenti di situ, ditambah dengan pengalaman pertama mengajar OpenOffice di peringkat negeri. Everything come in one; in a month of June. (hehe). Saya gagahkan diri.

Saya percaya ini semua adalah anugerah dari Allah s.w.t yang Maha mengetahui serba serbi tentang hambaNya yang lemah ini. Diberi pertolongan yang hebat untuk diri saya. Teringat kembali, menyusuri hari-hari di bulan Jun, diri ini tidak betah untuk melakukan semua kerja dengan dengan baik.

Namun, kerana kasih dan sayang Allah kepada saya. Alhamdulillah segala berjalan lancar. Kontrak perjanjian dapat disiapkan pada masanya. Laman web, saya dianugerahkan Yang Esa team member yang sangat bersemangat tinggi dan rajin. Manakala, kelas saya alhamdulillah dapat respon yang baik dari para pelajar =) ( based on evaluation form) bukan perasan sendrik ek...=p

Esok.. lg 15 minit, makmal komputer akan dipasang segala peralatannya. 15 buah PC, 2 printer, 1 projektor dan 1 notebook berjaya diluluskan bagi tujuan kegunaan seluruh warga kerja. Walaupun x banyak mana PC yang dapat disumbangkan. Namun, saya bersyukur. Ini adalah satu permulaan yang subur.

Aminn... Thank you Allah

Saturday, June 19, 2010

Tuhan Beri Aku Cinta

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Friday, June 18, 2010

Kenapa perlu bersedih

Mengapa perlu bersedih? Bukankah setiap yang diciptakan Allah itu mengandungi hikmah yang tidak ternilai harganya. Mengapa kita mesti mengeluh sekiranya kita tidak dapat memiliki sesuatu. Bukankah kita ketahui Allah adalah pemilik mutlak alam semesta ini.Syukur ke hadrat Allah di atas ujian Allah kepada saya untuk kali ini.

Pernah saya terfikir mengapakah ujian sebegini yang Allah berikan kepada saya. Mengapa saya yang dipilih untuk ujian ini? Hati saya hancur pada mulanya. Saya tidak menjangka begini penghujung kisah hidup saya ini. Di kotak fikiran, berkira-kira untuk berfikir mengapa saya tidak dipilih oleh nya. Saya duduk sendirian, kaji diri saya sendiri.

Lama saya sendirian, saya melatih dan melawan diri saya agak tidak mudah tersentuh emosi di atas ujian Allah kali ini. Saya belajar untuk menjadi wanita yang penyabar, tenang dan cuba bangun untuk bangkit semula. Kembali kepada Yang Esa, mohon pertolongan agar dikuatkan diri untuk meneruskan kehidupan ini.

Saya bangun kembali, tiada lagi tangisan mengiringi diri ini. Kembali kuat dan bertenang sebaik mungkin. Memang sedih, apabila impian yang kita impikan, berkecai di tengah jalan. Tapi, sebagai seorang mukminah sejati, bukankah saya perlu yakin akan kekuasaan dan ketentuan Allah. Alhamdulillah, saya sedang menjalani proses pemulihan itu.

Terima kasih kepada ahli keluarga di atas bantuan dan nasihat kepada saya. Rakan-rakan saya yg banyak membantu. Saya sayang kamu semua.

Thursday, June 17, 2010

Anugerah Pekerja Cemerlang

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana masih lagi memberikan sy peluang untuk menghirup udara segar di bumiNya. Syukur juga dapat sy peluang utk muhasabah diri ini setelah sekian lama hanyut dan lalai kepada Nya. Syukur juga kerana masih memberi nikmat kecerdasan minda yang baik utk saya berfikir tentang zat2 Allah yang melimpah ruah di muka bumi ini. Alhamdulillah

Hari ni, di tempat kerja Upacara tahunan berlangsung. Bagi setiap pekerja hari ini adalah hari-hari yang ditunggu2 oleh mereka. Juga saya. Sempat juga saya mengucapkan tahniah kepada 2 org penerima Anugerah tersebut. Pertama, Kak Zura ( Pembantu Tadbir) dan Abg Ijat (Pembantu Am Pejabat).=) Terima kasih kepada mereka kerana telah banyak membantu saya di HSR. Abg Ijat, yang selalu tlg sy hantar surat, photostat, binding paper saya. Kak zura pula, yang selalu memastikan bilik pejabat saya sentiasa bersih dan tanpa habuk.

Baiklah, teringin juga saya untuk menerima anugerah ini, fitrah manusia yang sering mahu dihargai apabila melakukan kerja. Hurm, pada saya bukanlah penghargaan yang saya dampakan, tapi cuma sedikit hadiah untuk diri sendiri yang telah bekerja keras demi pencapaian cemerlang. =)

Syukur, hampir 9 bulan sy tlh berkhidmat di HSR. Tak sangka dari tarikh mula daftar ke HSR kini telah banyak saya belajar di sana. Syukur banyak rakan2 yg membantu, bos yang byk memberi kebebasan kepada saya untuk mempelajari selok belok ICT hospital. Nanti saya akan ceritakan pengalaman2 menarik saya di HSR. (Sebab skrg ni, saya perlu siapkan nota OpenOffice untuk student2 saya pada minggu hadapan)

Jumpa lagi.
Salam ~

9 cara to make up



1.Jadikan ghoddul basor(menundukkan pndgn)sbg hiasan mata anda,nescya semakin berseri dlhat org..

2.Oleskan lipstik kejujurn pd bibir anda nescya smkin manis kta2 anda..

3.Gunakn pemerh pipi anda dgn kosmetik yg dibuat drpd rasa malu yg dijual d salon iman..

4.Hiasilah kedua2 tgn anda dgn glang tawaduk dan jari jmari anda dgn cincin ukhuwah..

5.Pakailah giwang mustamik(pendgar) yg taat kpd Allah dan Rasulnya nescya anda akn smkin anggun..

6.Pakailah sbun istghfar yg mghlangkan semua dosa dan kesalahan yg anda lakukan..

7.Rawatlah rmbt anda dgn jilbab islami yg mghlangkn panahan pndangan lelaki yg merbhaya..

8.Sebaik2 kalung anda ialah kalung kesucian..

9.Bedaklah wajah anda dgn air wudhu' nescya muka anda akan brchya d akhirat..

Wednesday, June 16, 2010

tinggal kenangan

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku

Jauh Kau Pergi Meninggalkan Diriku
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih

Friday, May 14, 2010

Ya ALLAH....SEdihnya Hatiku

Ya Allah, sedhnya hatiku..

Ya Allah tolonglah hambaMu.. Ya Allah kuatlah diriku...
Ya Allah tolonglah hambaMu..
Ya Allah tolong aku...

Sedeynya hatiku...... Ya Allah

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu



Happy mother's day Mama.....

Ya Allah, dah hpir 12 tahun mama pergi meninggalkan saya, Mama pergi ketika saya berusia 13 tahun, pertengahan tingkatan satu masa tu. Ingat lagi, masa tu, sy ada kem IT dekat satu tempat, tiba2 dapat panggilan telefon dari Abg Naim,Abg Naim pas dekat abah cakap mama dah tiada. Ya Allah masa tu Tuhan saja yang tahu macam mana perasaan ketika itu.......

Mama, sy harap mama tenang dan aman di sana. Teringat masa jenazah mama hendak dikafankan, ada sorang makcik kawan mama yang beritahu sy, sbg anak doakan mama jika sayangkan dia. Makcik itu berkata, sekiranya shiykin sayang pada mama selalu sedekahkan mama Al-Fatihah sekali + Al-Ikhlas 11kali, kata makcik tu lagi ia seolah2 meringankan satu azab di dalam kubur.

Terima kasih makcik, sy buat sampai sekarang. Alhamdulillah,

Mama, walaupun dah hampir 12 tahun, mama tinggalkan sy di dunia ni, mama jgn risau, sy sihat alhamdulillah baik, elok dan boleh dikatakan berjaya sehingga hari ini..
Mama, juga tak perlu risau, sy jaga abah dengan baik. Sekarang ni, abah duduk dengan sy. Mama, abah dah tak berapa kuat mcm dulu, abah selalu tak larat. Kesian abah, tp mama jgn risau, sy jaga abah.

Mama,
Selamat Hari Ibu, terima kasih mama telah mendidik sy menjadi spt hari ni, walaupun hanya untuk 13 tahun, tetapi asuhan dan didikan mama menjadikan sy pada hari ini.

Al-fatihah buat mama.. diharap mama damai di sana. Aminn

Semangat Baru




Ehem2.. esok adalah hari Isnin,

Esok saya mestilah bersemngat di dalam menjalankan tugas.

Sesungguhnya, sesuatu pekerjaan yang telah diberikan kepada kamu itu adalah suatu Amanah. Sekiranya ia adalah amanah, maka seharusnya saya perlu menjalankannya dengan sepenuh hati. Kerana, pada hari pembalasan, setiap amanah itu akan dipersoalkan.

Ok, esok to-do-list

1)---> Call semua vendors untuk pemberitahuan s/harga (8-9a.m)
terlupa------ Remind cik Kalai pasal pembelian Anti-Virus =) , extension wire

2)---> Revise semula kontrak perjanjian(9-1pm)
3)---> Register e-mail(untuk yang masih pending)
4)---> Lain2 kerja- hehe tbd di tempat kerja.

Upss mood terkini- keliru + terkejut too soon, y?? y?? Allahu Akbar =)

Kaulah Segalanya

Ruth Sahanaya

Kaulah Segalanya

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini

Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

( korus )
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

( korus )
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Friday, May 7, 2010

saje2

Hehe... esok cuti, jadi seperti biasa tugasku mengemas rumah(setelah berminggu berkursus..rumah dah ala2 kandang kambing huhu..............:-p)pasrtu masak untuk abah. juga, tugas tambahan esok kena pegi carik umah sewa......... hehe pindah umah baru... bye..kg. balun, neway terima kasih makcik yg bg sewa umah die ni...sangta berjaya kepada ku. tp kna pindah gak, umah ni jauh dr tmpat koje..

Ok... esk gak kena update website tuh.. setelah berjanji sekian lama kpdnya... minta maaf yer hospitalku.. hehe
...sebut pasal hospital, alhamdulillah projek makmal koputer tu hampir tercapai(ipian ku sejak menjejak kaki ke sana....ceywah... i.Allah dalam sebulan dapatlah makmal tu beroperasi..

.......makmal komupoter ni.................
byk btul mgajar diriku; tntg sebutharga, prosedur itu, prosedur ini, teknologi itu dan teknologi ini.. walaupun penat x hingat, tp berbaloi2 faedah yag saya dapat... sbg contoh, ilmu pengetahuan yg mesti dituntut spjg masa w.pun kita dah berkeja, persahabatan, sebb makal ini juga, saya telah kenal apa itu persahabatan. terima kasih

walimah urus............
bulan 6 dah semkin menjenguk diri nya, ini bermaksud rakan2 semua akan melgsungkan majlis2 masing2.maka, saya perlu hadir, susun jadul kndri rakan2.......... seterusnya,

.....saya perlu pastikan pengesahan dalam jawatan dapat dilakukan secepat mungkin(adyehhh.. ni byk bnda kena setle).. takpe slow2...............

Next step............to be continue..... so sleepy laaaaaaaaaa

alamak byk typo error.. xpelah...(keyboard uruf M rosak)

Wednesday, April 28, 2010

Wahai Diri

Wahai Diri...



Hendaknya janganlah engkau terpedaya dengan usiamu, berapa ramai manusia yang lalai dengan umur yang dianugerahkan ALLah dan menyangka ia masih mempunyai masa yang panjang lagi. Hinggalah walaupun sudah usia melanjut tua tetap tertipu dengan dunia.



Mati itu datang dalam keadaan mengejut. Ia datang secara tiba-tiba tidak mengira tempoh masanya. Seseorang yang sihat bukanlah bermakna pasti akan hidup lama. Seseorang yang cukup zat makanannya bukanlah bererti pasti malaikat maut akan melupakannya. Kerana itu wahai diri, para ulamak selalu mengingatkan diri kita agar berhati-hati dengan kehidupan ini. Maka kerana itu maut itu menjadi rahsia ALlah, Dia tidak mahu kita meyakini bahawa kita akan kekal di alam ini.



Wahai Diri...



Apa yang engkau corakkan dalam segenap kehidupanmu selama ini benar-benar mendapat redhanya ALlah? Atau ia mengundang kemurkaanNya? Berapa kalilah engkau beristighfar tatkala terfikir tentang maksiat? Berapa kalilah engkau meminta ampun pada ALlah apabila membuat dosa. Sekali lagi aku ingatkan wahai diri... dosa kecil itu apabila dihimpunkan ia akan menjadi besar. Dan setiap dosa itu jika tidak diampuni ALlah serta mendapat rahmatNya akan dibasuh dengan bakaran api neraka.



Oleh kerana itu, apabila engkau sedar bahawa hidup ini akan berakhir pada bila-bila masa bersegeralah membuat amal kebaikan.



ALlah telah berfirman yang bererti :







Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).









(Surah al-Mulk ayat 2)



Wahai diri... Ingatlah, bahawa dunia ini semakin sampai ke penghujungnya. Dan kita semua pasti akan hancur binasa, berpindah ke alam lain dan dibangkitkan untuk menerima buku amalan masing-masing. Samada di kanan ataupun di kirinya..

Tuesday, April 27, 2010

day 12

alhamdulillah tggl 2 hari lagi nk tamat kursus ni. byk ilmu pengetahuan, byk informasi berguna dan teknik2 yg dipelajari. terima kasih diucapkan.

hari ini ptg xada class jadi bolehla saya mengulangkaji pelajaran. hurm, dgn mengunakan semula kembali asas mengulangkaji zaman mudo2 dulu..

Ptg ni, dimulakan dgn aktivit meng'survey' chalet2 utk di'stay' slps percutian nnt.Upsss. selepas kursus ini. Pembetulan.Hehe.. setelah mencari2 di Internet kai telah memilih 'Suria Beach Resort' best ke tidak. Ambo pun dop thu. Huhu.. Let's us try n see lah..

Sambung jap lagi....

Saturday, April 24, 2010

hari ke-9

meter mood- sedeyyyyy..............

nape nih??? huhuhu..............

bosannnn nyerrrrrrrr kalau hiduppp mcm nih.................................

huhu pg td tajuk medico-legal= satu habuq x masuk dlm kpla ok... (selamatla xmasuk xm tajuk ni)

part pertama bolehla nk focus. break kejap. pastu sy dah start x focus huhu........Ya Allah knapa ni........................................................


Okla later will cont writing, not so excited to do dis today.bye


petang tadi-ceramah tajuk kaunseling. ada ker patut tuan penceramah tu adalah peg kawan sya. dlm hati dh pkir mesti masak kali ini. dup2... dugaan saya tepat ok.. adaker patut dia cakap

"shiykin, tolong click slide saya sekejap'". adyeh x pernah dibuat org kot sorg bg cermaha sorg tukang tekan slide. layannnn haha.....

Friday, April 23, 2010

reengineering mode

reenginering mode.. apakah maksudnyer?????

apa yg diriku paham(masa bljr dekat uia dolu2 kelas mgmt if x silap) adalah suatu proses yg mana seseuah produksi itu die memulakan semula dan menambahbaikan struktur yg masih lemah di dalam sesuatu proses tersebut.

jd, mengambil term tersebut cuba ku 'apply'kan di dlm kehidupan ini. contohnya, penambahbaikan diri dan meperbaiki kelemahan2 diri serta meulakan hidup yg baru. yg bermula dari kosong. Huhuhu...skema jer bunyi ayat tuh ngeh2........

oklah dalm erti kata lain memulakan kehidupan baru tanpa apa2 perasaan berat sebelah. Uhukss.. mcm mana tuh? Kiranya, dgn 'selamber' melupakan proses2 lama tersebut a.k.a 'sejarah'. HUhhhh!!!... bukan mudah beb!

Tp, dgn transformasi SHIYKIN 2010. i berjaya untuk reengineering dlm 35%. Wah2 maksudnyer, telah berjaya utk terima kenyataan dan trying my best to changess everything that had happened in the past.Huuuhhhh!!! Memang mencabar.. tetapi hidup mesti diteruskan. Kaki harus terus melangkah.. Oh yesss shiykin=)


Go2... baiklah itulah yg dimaksudkan dgn reengineering mode yer, shortly, 1 proses memulakan kehidupan yg baru tanpa mengaitkan dgn kenangan2 lama. Huhuhu..........

hari ke-8

hari ni. hari jumaat.soronoknya dapat msg dr sorg akak ni. dia ckp dah nk bertunang. alhamdulillah tumpang gembira. seronok btul dgr luahan hati dia tadi. ceria dan begitu membahagiakan. tahniah akak.

hari ni. ceramah sungguh la bosan. mcm biasa ada 4 ceramah untuk dihadapi ok. xthu la knpa hari ini kurang semangat skit nk dgr. huhu. may be sebab dah 8 hari kursus kot. hehe... sebab tulah agaknya org kalau buat kursus hya 3 hari 2 mlm ek? sebabnya bila dah hari ke-8 ni die jdk semacam jerk (mcm harilah)

hari ni. sambil dgr ceramah, tgn sibuk scroll down bce sms2 masa lampau. teringat semula. teringat semula kisah hidup yg lalu. pelbagai rasa di hati ini. aduh..beratnya terasa hati huhu... namun, kaki harus melangkah =) cayuk2 nurashiykin...you can do it. I. Allah, boleh pye. Ingat pada janji Allah, Dia tidak akan memberikan sesuatu ujian itu, melainkan Dia tahu kemampuan hamba2nya. X gtu??? Yer...
1 lagi, tidak akan beriman sesorg itu, selagi tidak diuji. Yer.. betul tuh.. Go2 Nurashiykin


Hari ini, 330pm baru start ceramah seterusnya, spt biasa ambil peluang untuk m.update blog. ada lg 20 minit nk bersiap. ok chauu..(wah ganaz x)=p

Jumpa lagi esok hari ke-9

Rindu semua

Thursday, April 22, 2010

hari ke-7


alhamdulillah dah 7 hari kami berkursus.

meter mood adalah bercampur2... sedih, penat, mengantok, bersemangat utk menuntut ilmu pun ada kdg2....hehe..

pagi2- dah wat stdy group pasal priksa yg bakal kami tempuhi mggu depan. sya, seperti biasa, menyalin selagi boleh =)

kemudian ceramah, pasal pengalaman kerja sorg pengrah hospital ni, very motivated. shes juz inspire me: sekali kita gagal bukan beerti kita akan tidak bersemangat untuk selama-lamanya. Thumb up, thx to her to make me more motivated dalam meneruskan kehidupan ini.

ptg, kursus YPIEM, nice, juz like tazkirah to me. seronok sgt dgr, tajuk==>prefesion sbg ibadah. (Best btul slot td, teringat zaman matric dolu2)

kemudian ptg, takde aktiviti, spt biasa kami hya lepak2 tepi pantai. tp hr ni diri malas nk keluar, hya mahu duduk di bilik

Wednesday, April 21, 2010

induksi hari ke-6



hari ni dah 6 hari kami berinduksi....huhu 5 ceramah sekali hari ha masak tul minda. tp xpe sebab melalui ceramah2 ni byk mengajar saya tentang pentadbiran negara. 1 lagi, hari ni saya telah menjadi MC. ALamak bantai jer la yer... hehe

OK2... japgi smbg............

ok 11.19 pm, mcm biasa rehat2 jer kat bilik spi layan wi-fi.

Hurm hari ni agak penat ler 5 ceramah sehari agak memeningkan kepala dan tepu jugak dibuatnya...
jadik jom tdo...........

Tuesday, April 20, 2010

derita merindu..

Ahli Fiqir - Derita Merindu

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Chorus
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

Ulang Chorus

Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Ulang Chorus 2X

Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Ulang Chorus 2X

kursus induksi hari ke-5

huhu.. hari yg memenatkan nampaknya hari ini. otot2 telah menjadi sakit. ini kerana aktivit di jim yg kami buat semalam. hakhak2...

Mood++ xde mood nk kursus...... Aku rindu Ahakssss...

Monday, April 19, 2010

kursus induksi hari ke-4

kursus induksi a.k.a induction course....

alhamdulillah dah 4 hari berlalu 8 more days to go.. adyeh baru berpeluang m'update blog ini. Setelah kecut perut dgn public speaking sbntr td... hehehe...

Hurm... ok gakla kursus ni sebenarnya, bertujuan nk menerapkan kefahaman anggota kerajaan tntg peranan dan fungsi mereka di dalam perkhidmtan. Sudah 4 hari di sini, masih lagi menjurus kepada softskill

OK, bertempat di Pangkor Coral Bay Resort. Kami semua berkumpul dan bersama berdiskusi bgimana untuk menigkat taraf mutu perkhidmatan ahakss..

12 hari menghabiskan duit kerajaan, jgnlah kita hanya pulang dengan sia2. Buatlah sesuatu kepada negara Malysia.

Jgnlah balik hya membawa berat badan anda yang berlebihan.. ok2....

JUmpa lagi, perlu solat dan masuk balik dewan. Adiosss =)

Monday, April 12, 2010

blog tempat meluahkan rasa?

blog tempat meluahkan rasa? betul ker ni? hehe... betul ker x nih??

hehe rasa cm btul. terima kasih kepada mereka yang telah menciptakannya. Walaupun, xde niat nk cterkan apa yg terbuku di hati, tp blog ini boleh dikategorikan sebagai medium ak.a. terapi bagi sesetengah org (contohnyer diriku ini hehehe)...

yeala... kalu kite nk cter kat org, kdg2 org boring gak nk dgr citer kte kan? xpun, kdg21 org pun ada keje dorg gak asyik nk dgr kite merepek jer (nanti dorang bosan)
hehe baik tulis kat blog, xde sape nk kco, org lain pun xperlu spend masa dorg dgr kite story ory pjg lebar (hehehe)

Hurm, tapi ada gak org cakap it's too personal to share wiv anyone out there. (Stock org yg mahal). Pd mereka, mereka x mahu rahsia hidup mereka diketahui ramai. Baiklah, terpeulanglah kepada individu masing2.. (Anyway, saya juga pernah terfikir begitu suatu masa dahulu.

Tujuan blog adalah tertakluk kepada empunya diri itu sendiri. Jgn mengutuk, memfitnah antara satu sama lain dah ler.. Kang xpasal2 dapat dosa free n kemurkaan Allah s.w.t

For me, saje2 jer nk ada satu page sendirik untuk kegunaan sendri, tidak mengandungi unsur2 komersial ahaks!!!!

OKlah out dulu..
Assolah........

Assolah i'manun dinn..

Kerja seperti biasa

Arestless week...

Tadi sampai opis kpla terus pening? seperti biasa tggl 4 hari nk siapkan Projek makmal komputer ini, Ya Allah stress nyerrrrrrrrr rasa... Mana nk cukup tangan nk setelekan semua ni.. Adoila.. (Takpe2 positif2) HUHU...

huRM.. Ya Allah help me. You know me BEst =)

Mlm ni plan nk 'study' contract tu.. TP kepala terasa berat sangat2... Huhu, balik keje apa lagi terus lompat ats katil la (Nyaman nyer terasa)

Hurm... agak2 nyer la kan, sepanjang 6 bulan keje kat sni, mcm2 bende dah blajar... BANYAK + SUSAH + EXCTING= KPLA PENING HEHE...Tapi xpe, kan challenges tuh byk mengajar kita.

Betul juga kata bos, take this time to learn as much as u can. InsyaALLah...

Thursday, April 8, 2010

Hari Khamis=Hari Penat SEDUNIA

Huhu....
Hari Khmis adalah hari penat sedunia.

Hari Rabu= Hari Malas Sedunia

Hari Isnin= Hari Semangat Sedunia

Hari Jumaat= Hari Tak Sempat Sedunia

Hari apa lagi???

Hari lain2= Hari Takde Perasaan Sedunia

Hurm to do list untk esk= Jumaat (hari x sempat sedunia)

Pagi- Call JKN, tya pasal projek makmal. tya jugak pasal pelupusan aset tuh nk wat cne

Tengahari skit- Turun ke kecemasan set-up kan espb n e-terimaan dekat kaunter sana (dugaan2)

Petang- Kemas ofis if sempat..hehehe

Balik awal kul 5 kalu boleh.. Okay...=)

Monday, April 5, 2010

I HAVE NOTHING U HAVE SOMETHING



Tahu tak ape rasanya bila rasa NOTHING??? Hurm... Pernah rasa tak??? Mestila tak kan, bcoz u r something =)

Dats wat I feel rite now Ok!! The feeling of nothing... or the feeling of being 'nothing'.

Yes, the 2nd statement more precise to me right now. So pity of me. Yeah. when the time i'm started to compared between us. Then, I started to think that You r something.But I nothing....

Kesiannya kat diri ini, Ok sy.. start to check yourself. Marilah muhasabah diri...

Check balik diri sendiri.........

Kembali dengan Streamyx...

Hai...
Bertemu kembali, lama tul x nampak. Semenjak pindah ni...lama betul tidak menjenguk alam blog ini. Kini aku kembali haha..

Berkat 2 bulan menunggu TM akhirnya dapatla kembali ke blog kesayangan ramai ini( Ramai ker?) Kueng2...

Sebenar dan sejujurnya, tujuan pemasangan Internet di rumah adalah seperti berikut:-

1) Supaya hari Sabtu dan Ahad saya tidak ke Office lg (kesian kat abah duk uah sorg during weekend)

2) Supaya, setiap hari, saya dapat pulang pada jam 5 (kesian kat abah sebab selalu balik lambat)

3) Supaya, tidak lagi di'block' aplikasi2 yg sy nak guna n download (Seksa tau rasanya bila;The page Cannot Be Display or Block by Your ORganization) <<--- Tak laluuu...

4) Saya bercadang untuk mengupdate Website Hospital Saya di rumah

Ok baiklah.. Tindakan susulan>>>

1) Membuat Banner
2) Mencari bahan2 untuk bacaan di dalam Blog ini

Tapi nantila setelah sy tidak sibuk lg... hehe (Bilakah hari tidak sibuk itu???)

Tuesday, January 19, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Salam to all..

Selamat tahun baru diucapkan kepada seluruh warga bumi ini...

Sempena dgn tahun ini, saya tlh berazam menjadi:-

1) Menjadi wanita terKUAT di muka bumi ini

2) Menjadi anak yang solehah kepada ayah saya

3) Menjadi sahabat yang setia kepada sahabat-sahabat di sekeliling saya

4) Dan banyak lagi

Tahun baru ni, sy tlh berazam untuk menjadi lebih berdikakri. Bukankah sy tlh berjanji di atas sana hehe.. No matter what, I ill fight for my life. No more tears. Anda Boleh dan Yakin Boleh!!

Bukankah sebelum ini anda pernah berseorangan. Tapi anda tetap kuat seperti hari ini.
Ya.. anda boleh hidup sorang diri!! Gogogogo...!!

Tetiba cam terigat kata seorang ustazah (masa tu umor dlm 9 thn la, lokasi: dalam kelas fardu ain, kalu x silap) kata ustazah ini:

"Kita kalau boleh jgn tgk @ berkira sangat dengan keburukan orang itu. Tp cubalah kita tgk/pikir balik. Apakah kebaikan dia pada kita sebelum ini"